Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Monday

Hari Koperasi Sekolah 2010 ~ gambar-gambar

Assalamulaikum w.b.t;

Pada 3 Julai 2010 telah berlangsungnya Hari Koperasi Sekolah ~ Jualan gerai buat julung kalinya di SMK Shahbandaraya.
Aktiviti ini telah dilaksanakan serentak dengan Hari Info sekolah yang mana para ibu bapa datang untuk mengambil keputusan dan slip peperiksaan anak-anak mereka.
kehadiran para ibu bapa didapati amat memberangsangkan. Jualan gerai juga berjalan dengan lancar. Semoga aktiviti ini dapat mencapai objektifnya iaitu mengeratkan lagi silaturahim antara ahli kelab, persatuan dan unit beruniform di SMK Shahbandaraya. Aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.




Antara barangan jualan yang dijual oleh Koperasi.


Amboi..ammboi... sakan membeli.. Puan Samsiah dan Pengetua


Ini ler muffin yg dijual oleh PERTINA... nampak cantikkk.. sayang plak nak makan. Tapi sayang.. meja tu , tengok hasil vandalisme...


Cerianya gerai Kelab BM nie, bunga-bungaan yang cantik2... Beli puan.. jangan tak beli..


Banyak laku ooo.... tahniah penasihat Kelab BM


Gerai daripada pihak luar - pusat tuisyen Impak Maksima... ermm... dpt offer ler plak jadi cikgu tuisyen... hehehe..


ewahh... ewah... sakan berniaga nampak??


Pelajar-pelajar berkerumun di gerai Kadet Polis.. sedapp bonar jagung rebus tu erk. Tahniah penasihat Kadet Polis.


Hah... nie plak gerai anggota koperasi... serius beno..tengah bancuh apa tu cik abang oi??? sapa agak nye tu ekk....


Ini pulak gerai PERMATA... ensem dan lawa2 penjual dier ekk.. mana tak laku.. hehehe. sedapnyee donat tu.. Tahniah kepada penasihat PERMATA


Sempat berposing lagi...

Tahniah kepada semua yang terlibat. Terima kasih dengan kerja sama yang diberikan. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. HKS 2011.

Thursday

Hari Koperasi Sekolah 2010

Wednesday

Hari Koperasi Sekolah 2010

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010

Tempat : Laman Shahbandaraya

Tarikh : 28 Jun 2010 ( Perasmian ) &

3 Julai 2010 ( Pembukaan Gerai Jualan)


Kreativiti Dan Inovasi Memperkasakan Koperasi Sekolah



Semua Pelajar Dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010

Monday

Selamat Datang Pelajar Pra U Bawah sesi 2010

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia...

Warga Shahbandaraya mengucapkan selamat mendaftar sebagai pelajar SMK Shahbandaraya kepada pelajar-pelajar Pra U Bawah sesi 2010.

Minggu ini adalah minggu orientasi bagi pelajar-pelajar baru.
Semoga kehadiran pelajar-pelajar baru ini menjadikan Shahbandaraya lebih gah.

Wassalam.

Thursday

Berita Utusan...

Pelatih PLKN ke Tingkatan 6 diberi pelepasan awal
06/05/2010 5:01pm

KUALA LUMPUR 6 Mei – Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 7/2010, yang mendapat tawaran memasuki Tingkatan 6 Bawah akan diberi pelepasan seminggu lebih awal dari tarikh tamat latihan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelepasan itu bagi memberi keselesaan kepada pelatih-pelatih membuat persiapan bagi memasuki Tingkatan 6 Bawah.

"Pelatih-pelatih yang akan memasuki Tingkatan 6 Bawah dibenarkan keluar dari kem pada 5 Jun 2010 dan dianggap tamat latihan PLKN dan diberi sijil penyertaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelatih perlu memaklumkan kepada komandan kem PLKN masing-masing bagi tujuan pengesahan menjalani latihan untuk dimaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan.

Katanya, ini bertujuan supaya tempat yang diperuntukkan kepada pelatih-pelatih PLKN tidak diberikan kepada pemohon lain.

Kementerian Pelajaran Malaysia memutuskan pelatih PLKN perlu mendaftarkan diri di sekolah mereka ditempatkan sebaik sahaja tamat latihan. – Bernama

Wednesday

Amik dari utusan online...

Peluang guru menulis

Mok Sheau Bin menunjukkan koleksi bahan terbitan syarikatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pendidik yang berminat untuk menghasilkan buku dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran boleh menemui Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. untuk merealisasikan impian anda.

Pengarah Urusannya, Mok Sheau Bin berkata, syarikatnya bersedia menjadi platform kepada pendidik yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk diterbitkan sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin.

Menurut beliau, mereka yang berminat boleh bertemu dengannya atau wakil syarikat di Festival Hari Guru (FHG) 2010 anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di East Coast Mall, Kuantan, Pahang pada 13 hingga 16 Mei ini.

Penyertaan itu, ujar Sheau Bin, akan mengukuhkan lagi penerimaan masyarakat umum dan warga pendidik khasnya terhadap produk terbitan syarikat yang ditubuhkan pada 2005 itu.

"Pada peringkat awal kami hanya menerbitkan buku-buku bagi memenuhi keperluan guru pelatih sahaja tetapi kini terdapat lebih daripada 100 tajuk dalam pelbagai peringkat pendidikan, pengurusan dan pentadbiran bermula dari sekolah menengah sehingga ke tahap kolej dan universiti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya lagi, melalui penglibatan dalam FHG, syarikat itu berharap dapat memberi sumbangan dalam bidang pendidikan negara terutamanya dalam penerbitan buku berbahasa Melayu.

Pada masa sama, kata Sheau Bin, pihaknya berharap usaha ini akan menarik minat lebih ramai guru dan pensyarah untuk turut sama memberi sumbangan idea dan sukatan dalam menerbitkan buku sekali gus meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

"Ia juga akan membantu dalam memberi peluang kepada guru-guru untuk meneruskan pembelajaran sepanjang hayat selain dapat meningkatkan mutu pendidikan negara," jelas Sheau Bin.

Penerbitan Multimedia, jelasnya, amat menggalakkan pensyarah khususnya dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk berkarya menghasilkan buku-buku bermutu yang memenuhi aspirasi bakal guru, pendidik dan generasi 1Malaysia.

Selain itu, katanya, buku-buku dan bahan rujukan yang diterbitkan memenuhi keperluan semua peringkat perguruan dari Gred 17 hingga Gred 54 yang lengkap dan terbaru serta menepati format peperiksaan terkini.

Produk lain terbitannya termasuk buku Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), komik subjek Sejarah Tingkatan satu hingga lima, set perpustakaan, bahan sokongan pembelajaran berbentuk perisian multimedia, bahan rujukan dan latihan peperiksaan guru di samping pelbagai rangkaian tajuk buku pendidikan bagi pelajar IPGM, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan IPT swasta.

"Bahan rujukan dan set perpustakaan yang dikeluarkan sesuai digunakan oleh guru di sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri yang boleh dijadikan bahan bacaan umum dan khusus untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat," ujarnya.

Beliau memberitahu, Penerbitan Multimedia turut berjaya memenuhi keperluan para penjawat awam khasnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam aspek kemajuan kerjaya.

"Kami diiktiraf sebagai penerbit bahan rujukan peperiksaan PTK yang produktif dan berautoriti," katanya.

Mesyuarat Agung Koperasi Sek Men Keb Shahbandaraya, Klang Berhad

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia...

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya Kali yang Pertama.
Mesyuarat ini berjalan lancar dan memuaskan.

Mesyuarat bermula pada jam 12.30 tengahari dan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hjh Siti Maisarah Bt Sulaiman.

Kehadiran anggota juga amat memuaskan.

Terima Kasih kepada semua tenaga kerja yang menjayakan mesyuarat ini.

Saturday

SMK Shahbandaraya dilanda Histeria

>

Sinar 22/07/09 - Sekolah SMK Shahbandaraya gempar,apabila 50 pelajarnya dirasuk atau dalam bahasa saintifiknya diserang histeria. Sesi pembelajaran SMK Shahbandaraya yang terletak di Kampung Jawa semalam gempar 'pabila 50 pelajarnya menjerit dan meraung dipercayai terkena histeria, kelmarin.

Kejadian histeria yang berlaku menyebabkan berlaku kekecohan berlaku di sekolah berkenaan apabila kakitangan dan pelajar lain diserang perasaan cemas.

Menurut sumber, seramai lima pulub pelajar sesi petang mengalami serangan histeria termasuk seorang pelajar lelaki dan dua pelajar bukan melayu.

"Suasana pembelajaran yang sebelum itu tenang, tiba-tiba menjadi kecoh apabila ada beberapa pelajar menjerit dan meraung dipercayai kena histeria."

"Keadaan kemudiannya jadi makin kelam kabut apabila berpuluh-puluh pelajar lain pula turut terkena insiden sama sehingga menyebabkm sesi pembelajaran terpaksa dihentikan," katanya,

Katanya, pihak pengurusan sekolah terpaksa memanggil seorang pengamal perubatan Islam bagi memulihkan pelajar-pelajar yang diserang histeria itu.

"Pihak sekolah terpaksa panggil seorang ustaz untuk memulihkan keadaan pelajar dan selepas itu suasana jadi terkawal," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke sekolah berkenaan mendapati keadaan kembali seperti biasa dan tiada sebarang kejadian baru dilaporkan.

Sementara itu, pihak sekolah yang ditemui enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu dan hanya berbuat demikian apabika ada kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.

"Pengetua tiada dan saya juga tidak boleh beri sebarang kenyataan" kata seorang guru kanan sekolah berkenaan.

Difahamkan kawasan sekolah berkenaan merupakan tapak perkuburan lama dan kes yang terjadi Isnin lalu merupakan kejadian pertama terjadi di sekolah itu.

Tarikh Pembayaran Gaji

Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2009:-

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )
Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 19.01.2009 Isnin Tahun Baru Cina 26 & 27.01.2009
Februari 25.02.2009 Rabu -
Mac 25.03.2009 Rabu -
April 23.04.2009 Khamis -
Mei 25.05.2009 Isnin -
Jun 25.06.2009 Khamis -
Julai 23.07.2009 Khamis -
Ogos 25.08.2009 Selasa -
September 10.09.2009 Khamis Hari Raya 20 & 21.09.2009
Oktober 08.10.2009 Khamis Depavali 17.10.2009
November 25.11.2009 Rabu -
Disember 17.12.2009 Khamis Hari Krismas 25.12.2009

Tuesday

GOOD LUCK



Kepada..
Semua pelajar SPM dan STPM..
Selamat berjuang di medan pertempuran masing-masing.
Guru-guru SMK Shahbandaraya sentiasa mendoakan kejayaan kalian..

Buat dan jawab soalan dengan baik.

Friday

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

Kepada semua warga Shahbandaraya...

Masih belum terlambat kann.... mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan kali yang ke-51..
Semoga keamanan dan keharmonian negara kita tetap terpelihara..








Dan..

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat semua warga Shahbandaraya yang beragama Islam..

Tuesday

KARNIVAL KEUSAHAWANAN 2008

PENGUMUMAN!!

Berita baik untuk semua warga Shahbandaraya..
Pada 18.Ogos.2008 ini, buat pertama kalinya.. PIBG sekolah dengan kerjasama guru-guru akan menganjurkan Karnival Keusahawanan kali yang pertama.
Berbagai acara akan diadakan sepanjang karnival yang akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai gerai makanan, minuman serta gerai-gerai lain akan dibuka. Pertandingan nyanyian karoke juga akan diadakan. Jangan lepaskan peluang.. dapatkan kupon anda pada rakan-rakan terdekat dan juga guru-guru SMK Shahbandaraya.
Untuk pengetahuan, sesiapa yang berjaya menjual kupon bernilai RM250.00 ke atas, anda akan mendapat hadiah misteri daripada pihak PIBG.
Jadi apa tunggu lagi.... dapatkan kupon anda sekarang!!

Datang.. jangan tak datang tawww...

Monday

Majlis Anugerah Cemerlang 5 Bintang Kurikulum 2008

Majlis Anugerah Cemerlang 5 Bintang Kurikulum 20

Tarikh: 26 April 2008

Tempat : Serambi Shahbandaraya

Perasmian oleh : Tuan Haji Mahmud Bin Karim
Pegawai Pelajaran Daerah Klang.

Tahniah Kepada Semua Penerima Anugerah.

Thursday

Tarikh Gaji..

untuk semua guru / kakitangan awam...

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2008
( Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri )

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 24.01.2008 Khamis -
Februari 25.02.2008 Isnin Tahun Baru Cina 07 & 08.02.2008
Mac 25.03.2008 Selasa -
April 24.04.2008 Khamis -
Mei 22.05.2008 Khamis 25.05.2008 hari Ahad
Jun 25.06.2008 Rabu -
Julai 24.07.2008 Khamis -
Ogos 25.08.2008 Isnin -
September 25.09.2008 Khamis Hari Raya 01 & 02.10.2008
Oktober 20.10.2008 Isnin Depavali 27.10.2008
November 25.11.2008 Selasa -
Disember 18.12.2008 Khamis Hari Raya Haji 08.12.2008
Hari Krismas 25.12.2008

Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah 2008

Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008
2008-04-22

MAKLUMAN

Tarikh pendaftaran tingkatan enam bawah bagi tahun 2008 ialah pada 12 Mei 2008.
Semakan keputusan kemasukan ke tingkatan enam bermula pada 6 Mei 2008 di laman web http://www.moe.gov.my

Sila berhubung dengan Jabatan Pelajaran negeri masing-masing untuk maklumat lanjut:

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor

Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Wisma Pendidikan,
Jln Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jln Stadium
05100 Alor Setar, Kedah

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu, Terengganu

Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh, Perak

Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar, Perlis

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan

Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang
75902 Melaka

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan, Pahang

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu
Kelantan

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 1 , Blok C, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing,
88604 Kota Kinabalu, Sabah

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Bangunan Tun Datuk Patinggi,
Tuanku Haji Bujang, Jln Simpang Tiga,
98604 Kuching, Sarawak

Jabatan Pelajaran WP Labuan
Jalan Mohamed Salleh,
Peti Surat No 81097, 87020 WP Labuan

Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta,
50604 Kuala Lumpur

Jabatan Pelajaran WP Putrajaya
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir
11700 Pulau Pinang

Monday

SPM and STAM results out on March 12

SPM and STAM results out on March 12

PETALING JAYA: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) results will be released on March 12.

Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said students would be able to obtain the results after 10am from their respective schools.

“Private candidates will receive their results through the post,” he said in a statement released yesterday.

A total of 439,255 students sat for the SPM examination while 6,522 students sat for the STAM papers last year.

Alimuddin said an analysis of the results would be announced on the same day.



The star ; 04 March 2008

Welcome.... Our New Principal

Selamat Datang...
Pengetua baru SMK Shahbandaraya.
Pn. Hajah Zaleha Bt. Abu Hassan.

Pn. Hajah Zaleha Bt. Abu Hassan telah bertukar dari PPD Petaling Perdana.
Kedatangan beliau ke SMK Shahbandaraya diharapkan dapat membantu warga sekolah mencapai visi dan misi sekolah.

Tuesday

Kejohanan Olahraga Kali Ke 5



Kejohanan Olahraga Kali Ke 5
Tarikh :
23 Februari 2008
Tempat : Padang Sultan Sulaiman, Klang.
Perasmian : Tuan Hj Subri b. Kasman - YDP, PIBG.


Saturday

Larian Jubli Emas Peringkat Sekolah 2008

Larian Jubli Emas Peringkat Sekolah 2008
Tarikh :27 Januari 2008

Friday

Majlis Srikandi Bestari Mekar Berbakti

"Majlis Srikandi Bestari Mekar Berbakti" telah diadakan pada 26 Februari 2008, sempena meraikan majlis perpisahan Puan Hajjah Siti Fatimah binti Mat Tamin, Pengetua SMK Shahbandaraya yang akan menyambung khidmat nya di Jabatan Pelajaran Selangor.

Beliau telah menabur bakti, berkhidmat di SMK Shahbandaraya dari Oktober 2003 sehinggalah Januari 2008. Semoga beliau dianugerahkan kesejahteraan dan keberkatan oleh Allah s.w.t. dalam meneruskan perjuangan untuk memartabatkan pendidikan negara, diperingkat yang tertinggi demi anak bangsa dan negara.

Blog Widget by LinkWithin