Kejadian histeria yang berlaku menyebabkan berlaku kekecohan berlaku di sekolah berkenaan apabila kakitangan dan pelajar lain diserang perasaan cemas.
Menurut sumber, seramai lima pulub pelajar sesi petang mengalami serangan histeria termasuk seorang pelajar lelaki dan dua pelajar bukan melayu.
"Suasana pembelajaran yang sebelum itu tenang, tiba-tiba menjadi kecoh apabila ada beberapa pelajar menjerit dan meraung dipercayai kena histeria."
"Keadaan kemudiannya jadi makin kelam kabut apabila berpuluh-puluh pelajar lain pula turut terkena insiden sama sehingga menyebabkm sesi pembelajaran terpaksa dihentikan," katanya,
Katanya, pihak pengurusan sekolah terpaksa memanggil seorang pengamal perubatan Islam bagi memulihkan pelajar-pelajar yang diserang histeria itu.
"Pihak sekolah terpaksa panggil seorang ustaz untuk memulihkan keadaan pelajar dan selepas itu suasana jadi terkawal," katanya.
Tinjauan Sinar Harian ke sekolah berkenaan mendapati keadaan kembali seperti biasa dan tiada sebarang kejadian baru dilaporkan.
Sementara itu, pihak sekolah yang ditemui enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu dan hanya berbuat demikian apabika ada kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.
"Pengetua tiada dan saya juga tidak boleh beri sebarang kenyataan" kata seorang guru kanan sekolah berkenaan.
Difahamkan kawasan sekolah berkenaan merupakan tapak perkuburan lama dan kes yang terjadi Isnin lalu merupakan kejadian pertama terjadi di sekolah itu.