Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

SMK Shahbandaraya dilanda Histeria

>

Sinar 22/07/09 - Sekolah SMK Shahbandaraya gempar,apabila 50 pelajarnya dirasuk atau dalam bahasa saintifiknya diserang histeria. Sesi pembelajaran SMK Shahbandaraya yang terletak di Kampung Jawa semalam gempar 'pabila 50 pelajarnya menjerit dan meraung dipercayai terkena histeria, kelmarin.

Kejadian histeria yang berlaku menyebabkan berlaku kekecohan berlaku di sekolah berkenaan apabila kakitangan dan pelajar lain diserang perasaan cemas.

Menurut sumber, seramai lima pulub pelajar sesi petang mengalami serangan histeria termasuk seorang pelajar lelaki dan dua pelajar bukan melayu.

"Suasana pembelajaran yang sebelum itu tenang, tiba-tiba menjadi kecoh apabila ada beberapa pelajar menjerit dan meraung dipercayai kena histeria."

"Keadaan kemudiannya jadi makin kelam kabut apabila berpuluh-puluh pelajar lain pula turut terkena insiden sama sehingga menyebabkm sesi pembelajaran terpaksa dihentikan," katanya,

Katanya, pihak pengurusan sekolah terpaksa memanggil seorang pengamal perubatan Islam bagi memulihkan pelajar-pelajar yang diserang histeria itu.

"Pihak sekolah terpaksa panggil seorang ustaz untuk memulihkan keadaan pelajar dan selepas itu suasana jadi terkawal," katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke sekolah berkenaan mendapati keadaan kembali seperti biasa dan tiada sebarang kejadian baru dilaporkan.

Sementara itu, pihak sekolah yang ditemui enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu dan hanya berbuat demikian apabika ada kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.

"Pengetua tiada dan saya juga tidak boleh beri sebarang kenyataan" kata seorang guru kanan sekolah berkenaan.

Difahamkan kawasan sekolah berkenaan merupakan tapak perkuburan lama dan kes yang terjadi Isnin lalu merupakan kejadian pertama terjadi di sekolah itu.

2 comments:

Anonymous said...

syukur sekarang sekolah dah aman....

Qaseh said...

Istimewa untuk Guru dan Staff SMK Shahbandaraya, Klang.

Satu tawaran istimewa untuk anda. Kami faham beban tugas anda yang terlalu padat dan sibuk.

Kami menawarkan perkhidmatan Dobi secara "take & delivery" di sekolah anda. Harga yang sangat berpatutan. Anda tidak perlu bersusah payah ke kedai dobi untuk menghantar baju-baju anda. Jimat kos minyak dan masa. Kami akan datang ke sekolah dan mengambilnya di tempat dan masa yang ditentukan oleh anda.

Mudah. Cekap. Di yakini

Kami adalah syarikat milik bumiputera sepenuhnya dan telah berdaftar dengan SSM.

H&F Marketing Enterprise
SA 0137148-A

Senarai harga perkhidmatan kami adalah seperti berikut:

1. Wash & Dry: RM 4 / kg (More than 5 Kg: RM 3/kg)
2. Ironing :

* Baju kurung: RM 2/ set
* Kemeja : RM 1.50 sehelai
* Seluar slack : RM 1.50 sehelai

1. Dry Cleaning :

* Baju kurung biasa : RM 10 /set
* Baju kurung sequin: RM 18/set
* Kemeja dan Seluar : Rm 10/set

1. Comforter / toto

* Single size : RM 15
* Queen size: RM 20
* King Size : RM 23


Sebarang pertanyaan sms atau call:

Miss Qaseh : 017-663 9890 atau 019-364 4589

p/s: oleh kerana kami menyokong kempen hijaukan bumi dan Save our trees, kami tidaka akanmenghantar flyers ke sekolah untuk tujuan promosi sebaliknya menggunakan blog dan emel sebagai alternatif kepada kertas..

Mohon untuk memanjangkan iklan ini kepada guru-guru dan staff serta kawan2 di sekitar Kampung Jawa..
Bersama-sama kita menikmati kemudahan ini.

Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kesudian anda membaca iklan ini.......

Blog Widget by LinkWithin