Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Monday

Keputusan SPM 2011

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Maklumat tentang keputusan SPM 2011

Keputusan SPM 2011 dijangka akan diumumkan pada 21 Mac 2012.

Semakan Keputusan SPM 2011

Maklumat rasmi semakan keputusan keputusan SPM 2011 ini diperolehi daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Bilangan Calon SPM 2011 : 468,808
  • Tarikh Peperiksaan SPM 2011 : 4 November 2011 – 14 Disember 2011
  • Tarikh Keluar Keputusan SPM 2011 : 21 Mac 2012 (Rabu)

Keputusan SPM 2011 boleh anda perolehi melalui;

1. Sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2011 ini.

2. Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan

Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

3. Semakan Secara SMS

Semak Keputusan SPM 2011 Secara SMS

Tarikh Keputusan SPM 2011 Semakan Keputusan SPM 2011

  1. Semakan secara SMS keputusan SPM 2011 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2012 sehingga jam 12 tengah malam 27 Mac 2012.
  2. Format Semakan SMS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 901023045657 BC0001A040. Hantarkan SMS ke 15888.

Kepada semua calun, semua anda semua akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Keputusan STPM 2011

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..

Para pelajar lepasan STPM 2011.. adakah anda sudah bersedia?
Ini lah saatnya anda melihat hasil usaha anda selama 1 tahun setengah...

Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2011

Keputusan STPM 2011

Majlis Peperiksaan Malaysian (MPM) telah membuat kenyataan bahawa tarikh Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2011) akan diumumkan pada rabu depan (07 Mac 2012). Calon calon boleh mula mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing masing bermula pukul 12 tengah hari. Calon persendirian pula akan menerima melalui pos.

Khimat pesanan ringkas (SMS) juga disediakan bagi membolehkan calon STPM mendapatkan keputusan dengan lebih mudah. Mereka boleh menghantar pesanan STPM ResultNo.KadPengenalan dan hantarkan ke 15888

Selain itu, mereka juga boleh membuat semakan keputusan melalui capaian laman web iaitu di laman web MPM http://www.mpm.edu.my bermula pukul 12 tengah hari pada hari yang sama.

Buat Penjawat Awam ~ Gaji Jan 2012 berdasarkan SSM

Assalamulaikum w.b.t;

Salam 1Malaysia..

Berdasarkan berita daripada BERNAMA, semua gaji penjawat awam pada bulan Januari 2012 adalah berdasarkan SSM... selanjutnya: n

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.

“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Keputuran MUET akhir tahun 2011 ~ Khamis; 12 Jan ini

KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Jan), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

“Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui ‘online’ dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini. – BERNAMA

Blog Widget by LinkWithin