Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia, Salam Negaraku Malaysia, Salam 1Koperasi.
Alhamdullilah...
sambungan part 2 ~ Day 2 perjalanan kami di Lombok.
Seawal pagi kami diserikan dengan alunan ombak lauk yang memang menyegarkan.
DAY 2
Menghirup udara segar di tepi pantai sementara menanti sarapan disediakan.
Ahli Rombongan menikmati sarapan.
Menu pilihan saya ~ Set Nasi Goreng ala Indonesia nama diberi.
Sempat posing lagi.
Sedikit info tentang Gili Air.
GILI AIR
Gili Air merupakan salah satu dari tiga pulau gili terkenal di Lombok,
yaitu Gili Trawangan, dan Gili Meno. Ketiga pulau ini terkenal dengan
keindahan pantainya.
Antara tiga pulau yang terdapat di Lombok ini, Gili Air merupakan pulau yang letaknya paling dekat
dengan pulau Lombok. Gili Air, Gili Meno, dan Gili Trawangan berada di
kawasan barat pantai Lombok, serta mampu menampilkan gambaran keindahan
pantai-pantai yang berada di Lombok. Lokasi Gili Air tepatnya teletak di
Desa Gili indah, Kecamatan Pemenang, Kabupaten Lombok Utara.
Gili Air sememangnya terkenal dengan keindahan pantai dan hidupan air lautnya. Diantaranya pengunjung dapat melihat spot kuda laut,
kura-kura, beragam ikan dengan berbagai warna, serta pelbagai jenis
penghuni laut. Masyarakat setempat menggelarkan GIli Air dengan nama
“Tengaq Aiq” yang bererti ditengah-tengah laut. Majoriti penduduk asli
Gili Air berasal dari suku Bugis dan suku Sasak. Aktiviti ekonomi utama penduduk pulau ini sebagai nelayan, pedagang, dan pemandu pelancong.
Jika pengunjung ingin mengelilingi pulau Gili Air ini, terdapat kemudahan kereta kuda yang ditawarkan oleh pemandu pelancong. Hanya dengan kos sewa Rp.30.000, anda boleh mengelilingi Gili Air.
Ataupun, jika suka anda boleh berjalan mengelilingi Gili Air hanya dengan berjogging atau berjalan santai. Hanya lebih kurang 1 1/2 jam sahaja anda suda bisa mengelilingi pulau Gili Air.
Posing dalam boat semasa perjalanan ke Gili Trawangan.
Sempat lagi menjamu selera dengan air kelapa muda di Gili Trawangan.
GILI TRAWANGAN
Gili Trawangan adalah yang terbesar antara tiga pulau di Lombok ini, ianya terletak di sebelah barat laut Lombok. Dengan
panjang 3 km dan lebar 2 km, Trawangan berpopulasi sekitar 800 orang penduduk. Di
antara ketiga gili tersebut, Trawangan menawarkan kemudahan yang pelbagai kepada para pelancong
Aktiviti yang paling popular di Trawangan adalah
scuba diving , snorkeling (di pantai sebelah
timur laut), bermain kayak, dan lain-lain. Ada juga beberapa tempat yang menawarkan kemudahan belajar berkuda mengelilingi pulau bagi para pelancong.
Berdasarkan peraturan, tiada kenderan bermotor di Gili Trawangan (begitu juga di dua
gili yang lain), tidak terdapat kendaraan bermotor. Kenderaan yang ada hanyalah basikal /sepede (disewakan oleh masyarakat setempat kepada para pelancong) dan
cidomo, kereta kuda sederhana. Biasanya penduduk menggunakan
kapal bermotor dan speedboat.
Kelebihan Gili Trawangan dibandingkan
dengan pantai lain adalah kita dapat menikmati matahari terbit (sunset) dan juga matahari terbenam (sunrise)
sekaligus di pantai ini! Hal ini terjadi karena Gili Trawangan memiliki
pantai yang menghadap timur dan menghadap barat, dan jaraknya tidak
terlalu jauh. Sehingga kedua-dua fenomena alam itu kita boleh nikmati.
Gambar kenangan di pantai Gili Trawangan.
Posing dengan kereta kuda ~ kenderaan utama yang digunakan untuk mengelilingi pulau.
Tempat yang paling popular di Gili Trawangan. Semasa mengambil gambar ini, air tengah pasang. Jadinya buaian nya tak berapa nampak... jadi laa kann..
Hari kedua ni, sepanjang hari kami berada di Gili Trawangan. Lebih kurang jam 4.00petang baru lah kami balik ke hotel penginapan kami di Gili Air. Masing-masing dah letih, semua ahli rombongan melakukan aktiviti masing-masing.
0 comments:
Post a Comment