Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

Trip Lombok 2017 ~ Day 1

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1 Malaysia, Salam Negara ku Malaysia dan Salam Koperasi..

Alhamdullilah..
Sekali lagi pada tahun ini Koperasi SMK Shahbandaraya, Klang Berhad berjaya menganjurkan trip lawatan sambil belajar ke Lombok, Indonesia.
Lawatan ini telah dilaksanakan pada 19 Mac 2017 hingga 22 Mac 2017.
Seramai 18 orang ahli rombongan telah menyertai lawatan ini.
Perjalanan yang amat memberi makna kerana, lawatan ini bukan setakat melawat kawasan peranginan Lombok, tetapi lawatan ini juga adalah satu hadiah kepada pengerusi koperasi iaitu Datin Hajah Zanariah bt Hj Ibrahim sempena persaraan beliau. Pihak koperasi amat berterima kasih kepada beliau kerana beliau lah pencetus kepada perubahan demi perubahan yang memberikan satu peluang yang amat cerah kepada pihak koperasi bagi terus meningkatkan hasil perolehan tahunan.

Jom kita tengok antara aktiviti yang telah kami laksanakan ...

DAY 1 ~ 19 MAC 2017
PENERBANGAN AIR ASIA AK306 (3.35PTG)
 Posing sebelum chek-in

 Posing dengan Datin Hajah Zanariah ~ menunggu ketibaan ahli rombongan yang lain.

 Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok pada jam 6.45ptg (waktu tempatan). Waktu Malaysia dengan Lombon lebih kurang sama sahaja. Rombongan disambut oleh tour guide kami iaitu Pak Kanto.

 Waa... semua muka lega bila dah sampai... tak sabar nak sampai hotel.

Pengalaman menaiki bot ~ ini memang betul-betul thrill .. dah la gelap, pengusaha boat lupa nak sediakan safety jacket. Mungkin kerana kebiasaan mereka yang memang tidak pernah menggunakan safety jacket. Ooyaa... kena naik boat kerana tempat penginapan kami di Gili Air, salah sebuah pulau di Lombok.
Masing-masing dah letih... semua nak sampai hotel aje..
Kami selamat tiba di hotel penginapan kami iaitu 7Seas Cottage, Lombok, pada jam 11.40malam.

Alhamdullilah. Selesai Catatan Hari Pertama di Lombok.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin