Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

Pendahuluan

SMK Shahbandaraya merupakan sekolah menegah kebangsaan harian yang terletak di Jalan Raja Nong, Off Jalan Kota Raja. Klang, Selangor. Sebelum ini, ia menggunakan nama SMK Kampog Jawa 2 sebelum nama nya ditukar pada 17 Januari 2005 kepada SMK Shahbandaraya.

SMK Shahbandaraya, yang terletak disebuah kawasan seluas lima hektar ini, merupakan sebuah sekolah campuran lelaki dan perempuan, yang menempatkan pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam.

Pada tahuni 2005. sekolah ini telah terpilih untuk menjadi salah sebuah sekolah yang menempatkan pelajar-pelajar bagi “Program Kelas Rancangan Khas (KRK)” dimana ia merupakan satu program penempatan berkelompok bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang UPSR tetapi tidak mendapat tempat ke sekolah-sekolah beras¬rama penuh. Kemasukan pelajar ke sekolah ini adalah tertakluk di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

Sekolah ini memulakan sessi persekolahan pertama nya, pada 5 Januari 2004 dengan menempatkan seramai 158 pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat manakala bilangan guru pula adalah seramai 18 orang dengan bantuan staf sokongan seramai 6 orang. Dan bilangan itu terus bertambah sejajar dengan pertambahan kelas-kelas yang baru dibuka.

SMK Shahbandaraya, dilengkapi dengan 36 buah bilik darjah, 6 buah bilik Makmal Sains. 2 buah bilik Makmal Komputer, Pusat Sumber, Surau, Kantin, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Kejuruteraan dan segala kelengkapan asas yang boleh menampung pelajar seramai 1300 0rang bagi satu-satu sessi persekolahan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin