Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Monday

Hari Koperasi Sekolah 2010 ~ gambar-gambar

Assalamulaikum w.b.t;

Pada 3 Julai 2010 telah berlangsungnya Hari Koperasi Sekolah ~ Jualan gerai buat julung kalinya di SMK Shahbandaraya.
Aktiviti ini telah dilaksanakan serentak dengan Hari Info sekolah yang mana para ibu bapa datang untuk mengambil keputusan dan slip peperiksaan anak-anak mereka.
kehadiran para ibu bapa didapati amat memberangsangkan. Jualan gerai juga berjalan dengan lancar. Semoga aktiviti ini dapat mencapai objektifnya iaitu mengeratkan lagi silaturahim antara ahli kelab, persatuan dan unit beruniform di SMK Shahbandaraya. Aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.




Antara barangan jualan yang dijual oleh Koperasi.


Amboi..ammboi... sakan membeli.. Puan Samsiah dan Pengetua


Ini ler muffin yg dijual oleh PERTINA... nampak cantikkk.. sayang plak nak makan. Tapi sayang.. meja tu , tengok hasil vandalisme...


Cerianya gerai Kelab BM nie, bunga-bungaan yang cantik2... Beli puan.. jangan tak beli..


Banyak laku ooo.... tahniah penasihat Kelab BM


Gerai daripada pihak luar - pusat tuisyen Impak Maksima... ermm... dpt offer ler plak jadi cikgu tuisyen... hehehe..


ewahh... ewah... sakan berniaga nampak??


Pelajar-pelajar berkerumun di gerai Kadet Polis.. sedapp bonar jagung rebus tu erk. Tahniah penasihat Kadet Polis.


Hah... nie plak gerai anggota koperasi... serius beno..tengah bancuh apa tu cik abang oi??? sapa agak nye tu ekk....


Ini pulak gerai PERMATA... ensem dan lawa2 penjual dier ekk.. mana tak laku.. hehehe. sedapnyee donat tu.. Tahniah kepada penasihat PERMATA


Sempat berposing lagi...

Tahniah kepada semua yang terlibat. Terima kasih dengan kerja sama yang diberikan. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. HKS 2011.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin