Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Thursday
INFO - Makanan Elak Mulut Berbau
Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia..
Rakan Pembaca...
Hari ini saya ingin berkongsi info yang saya baca dari Akhbar Berita Harian 24 Oktober 2014.
Artikel ini ditulis oleh Nor Hatina Shuib (hatina@bh.com.my)
Terima kasih atas artikel berguna ini yer...
Masalah
mulut berbau boleh menjatuhkan maruah seseorang. Hal ini berlaku akibat
pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah.
Keadaan ini dipanggil halitosis. Ia juga disebabkan tabiat individu mengawal pengambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones
akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.
Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan
bakteria penyebab nafas berbau.
1. Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah
bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada
pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.
2. Teh
Hidangan Teh Hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.
3. Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah
seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.
4. Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas
berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak
gigi akan berkurangan .apabila minum yogurt
5. Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.
PUNCA MULUT BERBAU:
1. Makanan
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah
bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang
merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas
makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur
darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan
melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi
dikumuhkan daripada badan.
2. Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau.
Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab
bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan
membentuk palak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi
(gingivitis) dan mereputkan gigi.
3. Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembapkan mulut. Mulut kering
menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati
berkumpul akan mereputkan gigi dan mengeluarkan bau. Mulut menjadi
kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokan harinya.
4. Tembakau
Semua hasil tembakau, tidak kira jenama membuatkan mulut berbau.
Merokok boleh mengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak
menyenangkn.
5. Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan
bahan kimia ketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment