Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Wednesday

MAJLIS GRADUASI SESI 2013

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Maaf laa .. lewat pula mengemaskini blog nie ye.. Sepatutnya post ini saya update kan pada 29 hb yang lepas... 2 hari lewat yer...

Pada 29hb Oktober yang lepas berlangsungnya Majlis Graduasi bagi pelajar tingkatan 5 dan Pra U Atas bagi sesi 2013. Majlis ini diadakan di Klang Executice Club (KEC), Klang pada jam 1.00 petang. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh En. Mustafar bin Meon, YDP PIBG SMK Shahbandaraya. Pada tahun ini tema 'PELAJAR CEMERLANG, SEKOLAH GEMILANG' telah dipilih bagi menaikkan lagi semangat serta motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM yang akan datang nanti. 

Akhir kata, sekalung tahniah kepada barisan pentadbir dan juga para guru yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada Kolej ALC yang telah menaja jubah graduasi bagi pelajar SPM 2013. Kepada para pelajar yang disayangi, semoga majlis ini memberi motivasi kepada anda semua untuk melangkah ke menara gading. Mudah-mudahan segala usaha dan tawakkal daripada para pelajar akan membuahkan hasil. Selamat Maju Jaya..


Perarakan masuk. Pendekar pembawa cokmar diikuti dengan pembawa watikah berarak masuk ke dewan majlis bersama dengan tetamu kehormat serta barisan pentadbir.


 Suasana dalam dewan..

Majlis akan bermula bila-bila masa.

Barisan pentadbir.. di hadapan adalah Pn. Siti Norlaila binti Md Shihab Pen. Kanan Kurikulum. Kelihatan di belakang beliau ialah Pn. Junaidah bt Suhadi, Pen. Kanan HEM.

 Pelajar menerima sijil daripada En. Mustafar bin Meon, YDP PIBG sekolah.

Tengah sibuk... AJK Pendaftaran..

Pelajar memberi perhatian semasa ucapan perasmian oleh YDP PIBG.

 Khusyuk mendengar amanat Pn. Hjh Zanariah bt Ibrahim, Pengetua SMK Shahbandaraya.

 Susunan meja..


 Kelas 6 A Jupiter... salah satu kelas Pra U Atas mengambil gambar bersama pentadbir.

Antara aksi dan gelagat pelajar semasa memakai jubah graduasi.

 Guru-guru yang komited melaksanakan tugas masing-masing.

 Proses pertukaran jubah.
Gelagat pelajar memakai jubah.


Sekalung Penghargaan kepada :
- PIBG SMK Shahbandaraya
- Pengetua & Semua watga Pendidik SMK Shahbandaraya
- Koleh ALC
- Semua yang terlibat segara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi SMK Shahbandaraya 2013.


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin