Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Tuesday

TAHNIAH ~ SMK SHAHBANDARAYA

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Di kesempatan ini admin ingin mengucapkan tahniah kepada para guru dan warga Shahbandaraya yang berjaya memenangi beberapa pertandingan di peringkat daerah iaitu :

1. Pertandingan 3K - JOHAN
2. Pengurusan Disiplin Cemerlang - JOHAN
3. Bilik Sukan Terbaik - JOHAN

Tahniah dan syabas kepada guru-guru terlibat secara langsung dan tidak langsung yang telah bertungkus lumus menyediakan semua bahan dan dokumentasi sempena pertandingan-pertandingan tersebut. Kita doakan semua SMK Shahbandaraya terus unggul dalam setiap bidang.

Mudah-mudahan para pelajar dapat menghayati segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para guru. Para guru bukan sahaja mendidik anak-anak bangsa di samping tugas hakiki banyak tugas sampingan yang perlu dilaksanakan. Walaupun demikian para guru dapat membuktikan bahawa segala tugasan yang ditanggunjawabkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

HARGAILAH GURU-GURU ANDA!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin