Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

Majlis Gemilang Emas Pra U 2013

Assalamulaikum w.b.t.

Salam 1Malaysia...

Majlis Gemilang Emas Pra U 2013 aka Jamuan Akhir Tahun bagi pelajar Pra U telah berlangsung pada hari ini 12 Oktober 2013 di Hotel Premiere Klang. Majlis ini berjalan dengan meriah. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG SMK Shahbandaraya iaitu En. Mustapha bin Meon dan juga mantan Pengetua Pn. Hjh Nor Akmal binti Ismail. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Pn. Norliza Mohd Noh iaitu Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Shahbandaraya. Tema majlis pada kali ini ialah East Meet West. Kehadiran para pelajar amat memuaskan. Menu yang disediakan juga menepati selera semua pelajar dan guru. Majlis ini juga dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan juga cabutan tiket bertuah. Tahniah kepada AJK Penganjur yang telah menganjurkan majlis dengan lancar.

 Prop Majlis..

Kehadiran mantan pengetua Pn. Hjh Nor Akmal binti Ismail amat dialu-alukan.

Turut memeriahkan majlis YDP PIBG SMK Shahbandaraya, En. Mustapha b. Meon dan mantan Pengetua Pn. Hjh. Nor Akmal binti Ismail

 Gambar Kenangan : Para guru bersama dengan pelajar Pra U yang hadir.

  
Persembahan pelajar : Tarian India
                                
       Masing-masing menguntum senyuman.

                                              Antara pelajar yang hadir memeriahkan majlis.

                                                Pose mengancam daripada pelajar yang hadir.

                                             Kegembiraan terpancar di setiap wajah pelajar yang hadir.


 Gambar kenangan: Semoga hubungan setiap pelajar dan guru tetap utuh walaupun pelajar Pra U ini akan meninggalkan alam persekolahan pada hujung tahun nanti.

Jumpa lagi di Majlis Jamuan Pra U ...tahun depan ya...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin