Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Friday
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PENGELUARAN KESIHATAN MELALUI KWSP
Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...
Saya
terbaca tentang artikel ini dalam Berita Harian, Sabtu, 21 September
2013. Info ini amat berguna kepada sesiapa yang ingin memohon untuk
pengeluaran untuk tujuan kesihatan. Mudah-mudahan artikel ini dapat
membantu rakan-rakan di luar sana yee...
Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat moden masa kini, kos
sara hidup juga semakin meningkat. Sehubungan itu, kos rawatan
kesihatan turut meningkat menyebabkan ramai dalam kalangan rakyat yang
menangguhkan rawatan penyakit yang dihadapi mereka sehingga ia menjadi
kritikal. Oleh itu, bagi mereka yang tidak mendapat perlindungan
kesihatan sepenuhnya daripada majikan atau insurans, Pengeluaran
Kesihatan yang diperkenalkan oleh KWSP merupakan salah satu alternatif
untuk membantu anda membiayai kos rawatan anda atau keluarga.
SIAPA BOLEH MEMOHON UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN INI?
Jika
anda belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai baki dalam Akaun 2,
anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran ini bagi membiayai kos
rawatan penyakit kritikal yang anda atau ahli keluarga anda hidapi.
BOLEHKAH PENGELUARAN DIBUAT UNTUK MEMBIAYA KOS RAWATAN PENYAKIT PASANGAN?
Ya,
kelayakan bagi pengeluaran ini bukan sahaja terbuka kepada ahli tetapi
juga pasangan, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, ibu bapa
mertua, adik beradik, anak, anak tiri dan anak angkat.
PENYAKIT APAKAH YANG DILINDUNGI DI BAWAH PENGELUARAN KESIHATAN INI?
Pengeluaran
ini diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP membiayai kos perubatan bagi
penyakit-penyakit kritikal yang mungkin tidak dilindungi di bawah
perlindungan kesihatan yang disediakan oleh majikan anda. Pengeluaran
ini merangkumi penyakit-penyakit kritikal seperti pemindahan organ
utama, pembedahan pintasan koronori, sklerosis berganda, angin ahmar dan
kanser. Senarai penuh penyakit kritikal yang diluluskan boleh
diperolehi daripada laman web www.kwsp.gov.my
APAKAH KEKERAPAN YANG DIBENARKAN BAGI PENGELUARAN INI?
Anda
boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi membiayai kos perubatan
rawatan penyakit kritikal selagi Akaun 2 anda masih mempunyai baki,
tertakluk kepada jumlah kelayakan maksimum pengeluaran.
BOLEHKAH SAYA MEMOHON UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN INI JIKA KOS PERUBATAN SAYA TELAH DITANGGUNG OLEH MAJIKAN?
Tidak
boleh. Bagaimanapun, jika amaun pembiayaan kesihatan yang disediakan
oleh majikan tidak mencukupi, anda boleh memohon untuk membuat
pengeluaran bagi menyelesaikan baki kos perubatan yang perlu dibayar.
BERAPAKAH JUMLAH YANG BOLH DIKELUARKAN?
Jumlah
yang boleh dikeluarkan daripada simpanan KWSP anda adalah jumlah kos
rawatan perubatan sebenar atau semua simpanan dalam Akaun 2, mengikut
mana yang lebih rendah. Jika majikan hanya membiayai sebahagian dariapda
kos rawatan perubatan, anda boleh membuat pengeluaran mengikut jumlah
baki kos perubatan yang tidak ditanggung oleh majikan, bergantung kepada
baki Akaun 2 anda.
JADI BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMOHON PENGELUARAN INI?
Anda
perlu melengkapkan Borang KWSP 9D(AHL) dan mengemukakan salinan kada
pengenalan yang telah disahkan, laporan pakar perubatan yang dikeluarkan
oleh hospital atau institusi perubatan, bil dan resit bayaran asal
rawatan perubatan yang dikeluarkan oleh hospital atau institusi
perubatan bertarikh tidak melebihi satu tahun dari permohonan dan surat
pengesahan majikan mengenai tanggungan kos perubatan. Bagi rawatan
perubatan di luar negara pula, anda perlu mengemukakan surat perakuan
doktor yang merawat anda di negara berkenaan.
Untuk
rawatan perubatan ahli keluarga, anda juga perlu mengemukakan bukti
pertalian di antara anda dan pesakit tersebut serta buku akaun bank atau
penyata akaun yang masih aktif.
BAGAIMANA PEMBAYARAN AKAN DIBUAT?
Bagi
rawatan dalam negara, bayaran dbuat melalui cek jurubank di atas nama
hospital setelah bil rawatan asal diterima. Bayaran untuk rawatan di
luar negara juga turut dibuat melalui cek jurubank tetapi di atas nama
ahli berdasarkan jumlah anggaran kos perubatan yang dibuat. Bagi
pembayaran balik, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun ahli.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Kesihatan, sila hubungi pejabat KWSP terdekat atau layari www.kwsp.gov.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment