Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Sunday

Pemegang Saham Koperasi ~ lepasan SPM 2010

Assalamulaikum w.b.t;
salam 1Malaysia..

Pengumuman ini ditujukan khas kepada semua pemegang syer koperasi ~ pelajar lepasan SPM 2010;
pelajar yang memilih opsyen untuk mengambil semula syer beserta dividen syer koperasi boleh menuntut syer tersebut di koperasi sekolah. Sila berjumpa dengan bendahari koperasi SMK Shahbandaraya iaitu Puan Jolik anak Lagok atau setiausaha koperasi iaitu Puan Nur Dalila Wahida binti Abdullah.
Syer boleh dituntut mulai esok sehingga 31 Disember 2011.

Selepas tarikh tersebut, iaitu pada 1 Januari 2012; syer yang tidak dituntut akan dimasukkan ke dalam akaun tidak dituntut. Sekaligus syer tidak dituntut ini akan diserapkan sebagai modal pusingan koperasi.

Kepada pelajar-palajar yang berkenaan, sila panjangkan dan sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain.

Sekian. Terima kasih.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin