Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Tuesday

SELAMAT HARI GURU 2011

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia....

Selamat hari guru 2011 kepada semua warga pendidik di luar sana...
Tahun ini tema sambutan ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" ~ semoga pada tahun ini niat semua para pendidik tetap satu ~ mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini amat meriah. Dengan tema 'retro - 70an" semua guru berseri-seri dengan fesyen retro masing-masing. Sambutan dimulakan dengan perarakan guru ke serambi Shahbandaraya. Acara gimik daripada dua orang guru iaitu En. Abdul Rahman dan En Sidek amat mencuit hati semua hadirin. Selepas bacaan perutusan dan perasmian, semua pelajar dan guru dihiburkan dengan dendangan lagu nasyid dan juga persembahan kugiran sekolah. Walaubagaimanapun persembahan yang paling menghiburkan adalah alunan nyanyian duet oleh En. Abd Rahman dan juga Cik Asmah Laily yang menyanyikan lagu "Seiring dan Sejalan" dendangan asal Dato Sharifah Aini dan Boery Marantika. (Kalau tak silap saya ye).

Selepas itu sambutan diteruskan dengan acara pertandingan memasak dan juga sukaneka.
Antara gelagat yang sempat dirakamkan ialah :

Gimik pelancaran sambutan hari guru....


Gelagat En. Rahman dan En. Sidek menyerahkan sijil kepada pengetua sekolah.


Sempat lagi tu....

Gerangan siapakah rambut yang dipinjamnya itu???


Acara pertandingan memasak ~ menu siapa nie?


Nampak sedap je makanan nie...

Siapa punya hasil kerja tangan ni? Kreatif...


Juri pertandingan memasak.. Ala-ala Jaguh kampung gitu kann....

SELAMAT HARI GURU....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin