Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

Pelajar SPM yang tidak mendapat tempat di IPTA

Petikan daripada akhbar Harian Metro; 23hb April 2011.

Peluang Lepasan SPM Sambung Belajar.

Kuala Lumpur: Pelajar lepasan SPM yang mempunyai kelayakan sederhana dan minimum masih berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang automotif daagi Kuruan bn automasi / mekatronik menerusi tajaan penuh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), agensi di Kementerian Sumber Manusia.
PTPK menyediakan peluang pengajian bagi kursus Juruteknik Automatif dan Juruteknik Automasi / Mekatronik yang akan dikendalikan Pusat Teknologi Auto Prima.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, kedua-dua kursus yang ditawarkan dalam bentuk pratikal dan amali dengan setiap pelatih akan diberi elaun bulanan RM300.
Katanya, mereka yang berminat boleh menghubungi Mohd Taufik atau Nurul di 012-6888445 atau Unit Kaunseling dan Perhubungan Awam Auto Prima di talian 03-51217153 atau 03-51247678 untuk keterangan lanjut.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin