Tidak dapat apa yang dicari?,Cuba Google Search...
Google

Saturday

Trip Lombok 2017 ~ Day 2

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia, Salam Negaraku Malaysia, Salam 1Koperasi.

Alhamdullilah...
sambungan part 2 ~ Day 2 perjalanan kami di Lombok.

Seawal pagi kami diserikan dengan alunan ombak lauk yang memang menyegarkan.


DAY 2 

 Menghirup udara segar di tepi pantai sementara menanti sarapan disediakan.
 Ahli Rombongan menikmati sarapan.


 Menu pilihan saya ~ Set Nasi Goreng ala Indonesia nama diberi.


  Sempat posing lagi.

Sedikit info tentang Gili Air.


GILI AIR
     Gili Air merupakan salah satu dari tiga pulau gili terkenal di Lombok, yaitu Gili Trawangan, dan Gili Meno. Ketiga pulau ini terkenal dengan keindahan pantainya.
     Antara tiga pulau yang terdapat di Lombok ini,  Gili Air merupakan pulau yang letaknya paling dekat dengan pulau Lombok. Gili Air, Gili Meno, dan Gili Trawangan berada di kawasan barat pantai Lombok, serta mampu menampilkan gambaran keindahan pantai-pantai yang berada di Lombok. Lokasi Gili Air tepatnya teletak di Desa Gili indah, Kecamatan Pemenang, Kabupaten Lombok Utara.
     Gili Air sememangnya terkenal dengan keindahan pantai dan hidupan air lautnya. Diantaranya pengunjung dapat melihat spot kuda laut, kura-kura, beragam ikan dengan berbagai warna, serta pelbagai jenis penghuni laut. Masyarakat setempat menggelarkan GIli Air dengan nama “Tengaq Aiq” yang bererti ditengah-tengah laut. Majoriti penduduk asli Gili Air berasal dari suku Bugis dan suku Sasak. Aktiviti ekonomi utama penduduk pulau ini sebagai nelayan, pedagang, dan pemandu pelancong.
   Jika pengunjung ingin mengelilingi pulau Gili Air ini, terdapat kemudahan kereta kuda yang ditawarkan oleh pemandu pelancong. Hanya dengan kos sewa Rp.30.000, anda boleh mengelilingi Gili Air. 
     Ataupun, jika suka anda boleh berjalan mengelilingi Gili Air hanya dengan berjogging atau berjalan santai. Hanya lebih kurang 1 1/2 jam sahaja anda suda bisa mengelilingi pulau Gili Air.
 



 Posing dalam boat semasa perjalanan ke Gili Trawangan.

 Sempat lagi menjamu selera dengan air kelapa muda di Gili Trawangan.



GILI TRAWANGAN
      Gili Trawangan adalah yang terbesar antara tiga pulau di Lombok ini, ianya terletak di sebelah barat laut Lombok. Dengan panjang 3 km dan lebar 2 km, Trawangan berpopulasi sekitar 800 orang penduduk. Di antara ketiga gili tersebut, Trawangan menawarkan kemudahan yang pelbagai kepada para pelancong
     Aktiviti yang paling popular di Trawangan adalah scuba diving , snorkeling (di pantai sebelah timur laut), bermain kayak, dan lain-lain. Ada juga beberapa tempat yang menawarkan kemudahan belajar berkuda mengelilingi pulau bagi para pelancong.
     Berdasarkan peraturan, tiada kenderan bermotor di Gili Trawangan (begitu juga di dua gili yang lain), tidak terdapat kendaraan bermotor. Kenderaan yang ada hanyalah basikal /sepede (disewakan oleh masyarakat setempat kepada para pelancong) dan cidomo, kereta kuda sederhana. Biasanya penduduk menggunakan kapal bermotor dan speedboat.
Kelebihan Gili Trawangan dibandingkan dengan pantai lain adalah kita dapat menikmati matahari terbit (sunset) dan juga matahari terbenam (sunrise) sekaligus di pantai ini! Hal ini terjadi karena Gili Trawangan memiliki pantai yang menghadap timur dan menghadap barat, dan jaraknya tidak terlalu jauh. Sehingga kedua-dua fenomena alam itu kita boleh nikmati.

 Gambar kenangan di pantai Gili Trawangan.
 Posing dengan kereta kuda ~ kenderaan utama yang digunakan untuk mengelilingi pulau.



Tempat yang paling popular di Gili Trawangan. Semasa mengambil gambar ini, air tengah pasang. Jadinya buaian nya tak berapa nampak... jadi laa kann..

Hari kedua ni, sepanjang hari kami berada di Gili Trawangan. Lebih kurang jam 4.00petang baru lah kami balik ke hotel penginapan kami di Gili Air. Masing-masing dah letih, semua ahli rombongan melakukan aktiviti masing-masing.











Trip Lombok 2017 ~ Day 1

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1 Malaysia, Salam Negara ku Malaysia dan Salam Koperasi..

Alhamdullilah..
Sekali lagi pada tahun ini Koperasi SMK Shahbandaraya, Klang Berhad berjaya menganjurkan trip lawatan sambil belajar ke Lombok, Indonesia.
Lawatan ini telah dilaksanakan pada 19 Mac 2017 hingga 22 Mac 2017.
Seramai 18 orang ahli rombongan telah menyertai lawatan ini.
Perjalanan yang amat memberi makna kerana, lawatan ini bukan setakat melawat kawasan peranginan Lombok, tetapi lawatan ini juga adalah satu hadiah kepada pengerusi koperasi iaitu Datin Hajah Zanariah bt Hj Ibrahim sempena persaraan beliau. Pihak koperasi amat berterima kasih kepada beliau kerana beliau lah pencetus kepada perubahan demi perubahan yang memberikan satu peluang yang amat cerah kepada pihak koperasi bagi terus meningkatkan hasil perolehan tahunan.

Jom kita tengok antara aktiviti yang telah kami laksanakan ...

DAY 1 ~ 19 MAC 2017
PENERBANGAN AIR ASIA AK306 (3.35PTG)
 Posing sebelum chek-in

 Posing dengan Datin Hajah Zanariah ~ menunggu ketibaan ahli rombongan yang lain.

 Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok pada jam 6.45ptg (waktu tempatan). Waktu Malaysia dengan Lombon lebih kurang sama sahaja. Rombongan disambut oleh tour guide kami iaitu Pak Kanto.

 Waa... semua muka lega bila dah sampai... tak sabar nak sampai hotel.

Pengalaman menaiki bot ~ ini memang betul-betul thrill .. dah la gelap, pengusaha boat lupa nak sediakan safety jacket. Mungkin kerana kebiasaan mereka yang memang tidak pernah menggunakan safety jacket. Ooyaa... kena naik boat kerana tempat penginapan kami di Gili Air, salah sebuah pulau di Lombok.
Masing-masing dah letih... semua nak sampai hotel aje..
Kami selamat tiba di hotel penginapan kami iaitu 7Seas Cottage, Lombok, pada jam 11.40malam.

Alhamdullilah. Selesai Catatan Hari Pertama di Lombok.

Monday

Cabaran Interaktif Pengguna

Assalamulaikum w.b.t;
Lama tak jenguk blog nie..

dah bersawang-sawang dah..
Harapan saya semoga tahun ini, blog ni akan aktif semula.
caiyok...caiyok..

Post Pertama pada tahun 2017 ini adalah....

berkenaan dengan Pertandingan Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah. Pertandingan peringkat daerah Klang, Petaling Utama dan Petaling Perdana telah dijalankan pada 01 Mac 2017.

Team Shahbandaraya telah menghantar 4 orang wakil iaitu :

1. FARHANA FATIMAH BT KHUDZARI
2. NUR AISYAHFIKA BT ABDUL AZIZ
3. NADHIRA SAFIRA BT BADRUL HISHAM
4. NURUL AISYAH BT BAHARUN

Keempat-empat pelajar ini adalah daripada Kelab Koperasi Sekolah.

Apa yang membanggakan SMKS ialah penyertaan kali yang pertama ini telah memberikan kejutan yang mana peserta SMKS berjaya merangkul Naib Johan cabaran CIP KPS 2017 peringkat daerah Klang.

Tahniah semuaaa....


Wednesday

PELAJAR SPM DAN STPM 2013

Assalamulaikum w.b.t;
Salam 1Malaysia...

Kepada semua pelajar SPM dan STPM 2013....

Selamat menduduki peperiksaan penentuan anda.
Semoga dapat menjawab dengan baik.

Doa guru-guru SMK Shahbandaraya sentiasa mengiringi kalian...

Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang..

Blog Widget by LinkWithin